Isnin, 18 November 2013

Dimana Cantiknya?

Dulu, istilah cantik bg saya hanya pada paras rupa semata2.  Berkulit putih itu cantik.  Complexion yang bagus itu cantik.  Yang berkulit gelap tentulah tidak cantik.

Kalau cantik mesti ramai kawan dan pastinya bangga bila dipandang lelaki.

Di antara adik beradik mesti juga ada perbezaan, paling tidak warna kulit.  "Mama kenapa adik tak cantik..kenapa adik gelap, tak macam kakak..putih"

Sepupu saya sungguh istimewa.  Telinganya tidak seperti manusia normal.  Terkelepek sedikit.  Sebagai kanak2 berusia 4 tahun dia pernah mendatangi maklong saya.

"Telinga saya tak cantik maklong..tgk ni..cacat tak".

"Org tak perasan telinga awak tak cantik.  Itu namanya istimewa..lain dari yang lain..kita ada apa yang orang tak ada..." .

Motivasi itu membuatkan dia tersenyum.

Cantik tu jika berpenampilan sexy..cantik itu jika rambut diblonde...cantik itu jika berjalan 1000 mata yang memandang.  Dahulu, itulah istilah cantik bagi saya.  Tapi itu bukan cantik sebenarnya. Itu MANGSA FESYEN. Dan mjadi mangsa fesyen itu sebenarnya penattt.

Kita bersusah payah untuk cantik.  Nak cantik mesti sakit. Ya..sakit.  Sakit badan dan sakit poket.  Hanya semata-mata untuk mendapatkan istilah cantik.

Sebenarnya, cantik itu sangat subjektif.  Ada yang kata gemuk itu cntik dan cute, ada yang kata kurus itu cantik.  Bergantung pada mata yang memandang.

Bak kata Adlai E. Stevenson 'A beauty is a woman you notice, a charmer is the one who notices you'.

Ingatlah yang setiap kejadian Allah itu sungguh istimewa.


Wahai wanita solehah ...

Engkau memang cantik selagi kau menutup malu,
Engkau memang cantik selagi kau memelihara adab,
Engkau memang cantik selagi kau menjaga aurat,
Engkau memang cantik selagi kau menjaga batas,
Engkau memang cantik selagi kau waras berhias,
Engkau memang cantik selagi kau bersifat fitrah,
Engkau memang cantik selagi kau pantang menyerah,
Engkau memang cantik selagi kau terus bersolat,
Engkau memang cantik selagi kau lurus bertaubat,
Engkau memang cantik selagi kau jujur berilmu,
Engkau memang cantik selagi kau taat suami,
Engkau memang cantik selagi kau membaca Al-Qur’an,
Engkau memang cantik selagi kau beradab sopan,
Engkau memang cantik selagi kau kasih ibu bapa,
Engkau memang cantik selagi kau mendidik keluarga,
Engkau memang cantik selagi kau sabar & tenang,
Engkau memang cantik selagi kau tegakkan Islam,
Engkau memang cantik selagi kau mencegah kemungkaran,
Engkau memang cantik selagi kau berniatkan Tuhan,
Engkau memang cantik kerana kau seindah Islam!


Jangan risau jika tak cantik di mata manusia, asalkan kita cantik di mata Allah...


Petua :
Bancuh asam jawa dengan air.  Bancuhan jgn terlalu cair atau likat, cukup seakan masker.  Oleskan ke wajah.  Setelah kering cuci dengan air biasa. (Bagus untuk menghilangkan noda2 hitam, melembabkan dan memutihkan kulit).













Selasa, 12 November 2013

Hotel Impian yang seindah impian

Booking thru Agoda mmg tidak menghampakan.  Alhamdulillah bilik kami di'upgrade'.  Yang penting, harga tidak berubah.

Saya selalu mengangankan jika rumah saya dikelilingi tumbuhan hijau.  Ah..bukankah tidak salah berangan-angan?..
Biliknya?  Saya suka sangat.

Sungguh rugi rasanya x bawa swimming costume.  Kami datang musim hujan.  Asal petang je hujan..asal hujan je petang.  Hujan, rahmat dari Allah.  Kedatangannya harus disyukuri.  Sediakan payung sebelum hujan.  Yang ini dah kes lain, bawalah swimming suit xkira hujan, panas or ribut petir.



Cantik...



Untuk peminat skuter

Ubi rebus cicah sambal dan pulut makan dengan ikan kering..
segala macam dessert and makanan lain..
moh kome makan sampei penat...

No feeding pleaseee...

Kura2 yang sangat menghargai tetamu

Sesaja snap gambar kapal