Isnin, 18 November 2013

Dimana Cantiknya?

Dulu, istilah cantik bg saya hanya pada paras rupa semata2.  Berkulit putih itu cantik.  Complexion yang bagus itu cantik.  Yang berkulit gelap tentulah tidak cantik.

Kalau cantik mesti ramai kawan dan pastinya bangga bila dipandang lelaki.

Di antara adik beradik mesti juga ada perbezaan, paling tidak warna kulit.  "Mama kenapa adik tak cantik..kenapa adik gelap, tak macam kakak..putih"

Sepupu saya sungguh istimewa.  Telinganya tidak seperti manusia normal.  Terkelepek sedikit.  Sebagai kanak2 berusia 4 tahun dia pernah mendatangi maklong saya.

"Telinga saya tak cantik maklong..tgk ni..cacat tak".

"Org tak perasan telinga awak tak cantik.  Itu namanya istimewa..lain dari yang lain..kita ada apa yang orang tak ada..." .

Motivasi itu membuatkan dia tersenyum.

Cantik tu jika berpenampilan sexy..cantik itu jika rambut diblonde...cantik itu jika berjalan 1000 mata yang memandang.  Dahulu, itulah istilah cantik bagi saya.  Tapi itu bukan cantik sebenarnya. Itu MANGSA FESYEN. Dan mjadi mangsa fesyen itu sebenarnya penattt.

Kita bersusah payah untuk cantik.  Nak cantik mesti sakit. Ya..sakit.  Sakit badan dan sakit poket.  Hanya semata-mata untuk mendapatkan istilah cantik.

Sebenarnya, cantik itu sangat subjektif.  Ada yang kata gemuk itu cntik dan cute, ada yang kata kurus itu cantik.  Bergantung pada mata yang memandang.

Bak kata Adlai E. Stevenson 'A beauty is a woman you notice, a charmer is the one who notices you'.

Ingatlah yang setiap kejadian Allah itu sungguh istimewa.


Wahai wanita solehah ...

Engkau memang cantik selagi kau menutup malu,
Engkau memang cantik selagi kau memelihara adab,
Engkau memang cantik selagi kau menjaga aurat,
Engkau memang cantik selagi kau menjaga batas,
Engkau memang cantik selagi kau waras berhias,
Engkau memang cantik selagi kau bersifat fitrah,
Engkau memang cantik selagi kau pantang menyerah,
Engkau memang cantik selagi kau terus bersolat,
Engkau memang cantik selagi kau lurus bertaubat,
Engkau memang cantik selagi kau jujur berilmu,
Engkau memang cantik selagi kau taat suami,
Engkau memang cantik selagi kau membaca Al-Qur’an,
Engkau memang cantik selagi kau beradab sopan,
Engkau memang cantik selagi kau kasih ibu bapa,
Engkau memang cantik selagi kau mendidik keluarga,
Engkau memang cantik selagi kau sabar & tenang,
Engkau memang cantik selagi kau tegakkan Islam,
Engkau memang cantik selagi kau mencegah kemungkaran,
Engkau memang cantik selagi kau berniatkan Tuhan,
Engkau memang cantik kerana kau seindah Islam!


Jangan risau jika tak cantik di mata manusia, asalkan kita cantik di mata Allah...


Petua :
Bancuh asam jawa dengan air.  Bancuhan jgn terlalu cair atau likat, cukup seakan masker.  Oleskan ke wajah.  Setelah kering cuci dengan air biasa. (Bagus untuk menghilangkan noda2 hitam, melembabkan dan memutihkan kulit).













Selasa, 12 November 2013

Hotel Impian yang seindah impian

Booking thru Agoda mmg tidak menghampakan.  Alhamdulillah bilik kami di'upgrade'.  Yang penting, harga tidak berubah.

Saya selalu mengangankan jika rumah saya dikelilingi tumbuhan hijau.  Ah..bukankah tidak salah berangan-angan?..
Biliknya?  Saya suka sangat.

Sungguh rugi rasanya x bawa swimming costume.  Kami datang musim hujan.  Asal petang je hujan..asal hujan je petang.  Hujan, rahmat dari Allah.  Kedatangannya harus disyukuri.  Sediakan payung sebelum hujan.  Yang ini dah kes lain, bawalah swimming suit xkira hujan, panas or ribut petir.



Cantik...



Untuk peminat skuter

Ubi rebus cicah sambal dan pulut makan dengan ikan kering..
segala macam dessert and makanan lain..
moh kome makan sampei penat...

No feeding pleaseee...

Kura2 yang sangat menghargai tetamu

Sesaja snap gambar kapal









Ahad, 22 September 2013

Tenang



"Nnt nk pergi Sabak Bernam...saja2 cuti"
"Errrr...ihik"
"Kenapa korang ketawa?"
"Ko tu bercuti overseas je..camne nk pegi tpt camtu...tpt kg yg tak de apa2"

Saya budak bandar.  IPOH.  Rumah org tua saya bukan kg yg penuh dengn tanaman pokok buah-buahan, jauh sekali keindahan sawah padi terbentang luas, saujana mata memandang.  Kami tinggal di kawasan perumahan.  Dari sekolah rendah, sehingga kini kwsn perumhn itulah yang saya anggap sbg kampung.

Menemani suami yang ada tugas di Sabak Bernam ini membuatkan saya terpesona dengan kehidupan yang sungguh laid back.  Saya terpesona dengan udaranya.  Angin yang bertiup kuat dalam keadaan cuaca yang terik.  Rumah2 yang simple dan pakcik mengayuh basikal yang seperti tiada apa yang perlu dirisau serta adik2 pekerja hotel yang baik.

Saya dapat melihat biawak yang berenang2 di sungai kecil yang keroh airnya di depan hotel kami.  Di seberang jalan ada tokong cina dengn bunyi gendang yang sungguh kuat.  Mungkin pelakon2 opera cina sedang berlatih untuk persembahan malam nanti.

Kedai makannya cukup simple.  Di sini jauh sekali ada cafe2 ber'air-con' apatah lagi starbuck.  Tuan punya 'Restoran Ibu' amat tidak berkira tentang harga.

Saya suka ketenangan di sini.

Saya merindui Jordan.  Saya merindui aura negara Anbia tu.


Khamis, 29 Ogos 2013

Jambatan Itu Adalah Kami


Aku pernah ditanya oleh seorang Consultant,
‘U garang tak?’..
My reply was, ‘U rasa I garang tak?
she said, ‘I rasa tak, mayba strict kot..’
She then explained, ‘Our Secretary tak garang, tapi if bising sgt, sekali dia toleh je semua terdiam..dia tak marah pun, maybe dia menoleh just to know what happened..sometimes, bile ada benda urgent kena buat, staff buat bodoh je..bile Secretary campur tangan, semua kelibut’…
Secretary memang tak garang (wink wink).  We need to be firm and strict to get things done.  Tak kisahlah dengan apa cara sekalipun, motto TO GET THINGS DONEDO IT RIGHT AT THE FIRST TIME; mesti digengam kemas, kerana kami bekerja dengan boss..(chewahhhh..bygkan if satu2 benda boss nak cepat, and ko lak terhegeh2, tak ke nak kena hayun)
Teringat masa mula2 dapat tawaran further study.  Aku tanya sorang akak Secretary ni,  ’best ke jadi Secretary?’.  Dengan belagaknya dia menjawab, ‘if kita pandai senang le, if tak pandai susah le’…cis berlagak sungguh statement ko si akak Secretary.  Sakit nau hati Aku dengar statement ko, and dari hari itu aku berjanji, if Aku ni seorang Secretary, aku taknak berlagak..buat org menyumpah and org benci je.
As a Secretary yang cantik, cun, stylo, baik dan bijak (overrrrrr…) we are not damn ferocious as many people might think, we are friendly, kind and caring because we build bridges instead of walls…Most of all, kami jambatan cantik..(phewwwwwww)
Note : penggunaan bahasa Aku mmg seswai untuk edisi luahan perasaan..Maafkan pengunaan bahasa yang agak kasar.

Selasa, 30 Julai 2013

Memoir Ramadhan : bubur lambuk

Image from Google

Sejak Abah meninggalkan kami, perasaan sedih pasti menyelubungi tiap kali melihat bungkusan bubur lambuk di bazar Ramadhan.  3 tahun saya tidak menjamah makanan itu dek kerana ingatan terhadap arwah Abah terlalu kuat.

Kini setelah 8 tahun Abah meninggalkan kami kegilaan saya menikmati juadah itu tiap kali ramadhan tidak pernah luntur.

Itulah kasihnya bapa.  Dia tidak pernah miss berbaris mengambil bubur lambuk di Masjid India.  Dia tahu saya akan bertanya jika bubur itu tidak kelihatan di meja.  Walaupun kadangka tidak sihat, dia tetap akan memastikan bubur lambuk tetap ada tempat tersendiri di atas meja.

Kata Abah india muslim yang mengagih bubur itu 'generous' orangnya.  Jika membawa bekas besar, sepenuh bekas diisinya.  Kalau Abah membawa bekas besar, bubur lambuk akan diagihkan kepada jiran2.

Itu antara persamaan saya dan arwah Abah. Kami sangat2 enjoy menikmati bubur lambuk panas dengan kicap.  Sering kami ditanya apalah sedapnya bubur lambuk yang rasa berempah itu.

Bagi saya ia bukan sekadar bubur lambuk. Ia bukan sekadar pembuka selera waktu berbuka, bukan juga sekdar makanan untuk sahur jika tiada selera.  Ia kenangan terindah, antara saya dan Abah : memori yang kami kongsi bersama.

Bubur lambuk yang menggamit kerinduan.




Isnin, 29 Julai 2013

TV Novel : Samsaegi

The wind blows, and my love is coming
From atop the hill, with the morning sun
I smile today, even if I'm sad
I'm going to barnish my misery far away...

L-R : Geumok, Dong Woo, Samsaeng and Ji-Sung
In the final episode : After facing hardship and distress, the four of them sat together at the cafe remembering their childhood memory.

I love how the Author plot the story in the final episode.  Samsaeng marrying Dong Woo and blessed with a daughter.

TV Novel : Samsaengi -  A story about a woman who becomes a promising oriental medical doctor after going through many ups and downs in her life. It is also about innocent, yet desperate love of four different people and their different ways of love. Samsaengi illustrates simple and honest story of Seoul in the 70s through various characters.



Selasa, 9 Julai 2013

Puasa

Cuaca yg indah dan nyaman menyambut kedatangan Ramadhan.

Apalah yang mama makan sahur tadi?

Di zaman persekolahan mama yg akn bangun menyiapkn juadah sahur untuk kami sekeluarga.  Setelah bkahwin, saya yg malas ini mesti melakukannya sendirian.

"Mama, if tak larat puasa boleh berbuka ke?"
Jawapan mama semestinya "cubalah dulu..in sha allah boleh tahan..kan dh bsahur dan bniat...nnt berbuka mama masak sedap".

Itulah cara mama saya.  Tidak memaksa.  Mungkin bgnya lagi memaksa lagi liatlah saya hendak berpuasa.  Bila dipujuk2 hati akan lembut.

Saya mula berpuasa ketika berumur 10thn.  Sungguh.  Agak lewat.  Berbanding adik, dia memulainya ketika masuk Darjah 1.

Di waktu kecil bagi saya, puasa mbawa definisi makan sedap ketika berbuka dan tak puasa tak boleh raya.

Semakin meningkat dewasa puasa mengajar saya erti toleransi.  Kita dihidangkan dengan makanan enak setiap hari, tapi bg yg tiada apa2 nikmat kenyang dan lapar adalah rasa yang sama.  Berbuka seadanya dibandingkan dengan keluarga saya yg juadah berbuka penuh semeja!

Terima kasih Ya Allah...memberi dan terus memberi.