Selasa, 9 Julai 2013

Puasa

Cuaca yg indah dan nyaman menyambut kedatangan Ramadhan.

Apalah yang mama makan sahur tadi?

Di zaman persekolahan mama yg akn bangun menyiapkn juadah sahur untuk kami sekeluarga.  Setelah bkahwin, saya yg malas ini mesti melakukannya sendirian.

"Mama, if tak larat puasa boleh berbuka ke?"
Jawapan mama semestinya "cubalah dulu..in sha allah boleh tahan..kan dh bsahur dan bniat...nnt berbuka mama masak sedap".

Itulah cara mama saya.  Tidak memaksa.  Mungkin bgnya lagi memaksa lagi liatlah saya hendak berpuasa.  Bila dipujuk2 hati akan lembut.

Saya mula berpuasa ketika berumur 10thn.  Sungguh.  Agak lewat.  Berbanding adik, dia memulainya ketika masuk Darjah 1.

Di waktu kecil bagi saya, puasa mbawa definisi makan sedap ketika berbuka dan tak puasa tak boleh raya.

Semakin meningkat dewasa puasa mengajar saya erti toleransi.  Kita dihidangkan dengan makanan enak setiap hari, tapi bg yg tiada apa2 nikmat kenyang dan lapar adalah rasa yang sama.  Berbuka seadanya dibandingkan dengan keluarga saya yg juadah berbuka penuh semeja!

Terima kasih Ya Allah...memberi dan terus memberi.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan